Tips Keselamatan Pengguna Elektrik Di Musim Banjir.

Electrical Distribution Box (DB) With Circuit Breaker. Image by ASphotofamily on Freepik.
Electrical Distribution Box (DB) With Circuit Breaker.
(Image by ASphotofamily on Freepik)

Panduan ringkas menggunakan peralatan elektrik semasa rumah dilanda banjir:

  1. Elak menggunakan peralatan elektrik dan pastikan suis utama Distribution Box (DB @ kotak fius) telah dimatikan.
  2. Jika paras air telah naik di kawasan rumah, hubungi TNB Careline (Telefon 15454) dengan segera untuk TNB putuskan bekalan elektrik ke kawasan rumah buat sementara waktu. Ini untuk merendahkan risiko penghuni rumah terkena renjatan elektrik melalui air banjir di dalam rumah.
  3. Jangan sentuh apa-apa peralatan elektrik atau wayar elektrik yang tenggelam di dalam air banjir walaupun wayar & peralatan elektrik itu nampak seperti selamat untuk dipegang.
  4. Jauhkan diri daripada tiang atau rumah TNB yang tenggelam dengan air banjir untuk mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik.
  5. Pastikan semua suis soket elektrik telah dimatikan dan tanggalkan semua kepala plug peralatan elektrik di dalam rumah.
  6. Jika anda diarahkan untuk meninggalkan rumah, matikan suis utama DB sebelum meninggalkan rumah.
  7. Jika kediaman anda dilengkapi dengan sistem solar, matikan suis utama sistem solar tersebut untuk keselamatan rumah & mengelakkan risiko kerosakan dan kebakaran.

Panduan ringkas menggunakan peralatan elektrik selepas rumah dilanda banjir:

  1. Matikan suis utama DB sebelum membersihkan sebarang peralatan elektrik, suis, soket atau wayar elektrik di rumah.
  2. Pastikan semua peralatan elektrik, suis & soket di rumah yang tenggelam akibat banjir, telah diperiksa dan diuji oleh kontraktor atau tukang elektrik yang berdaftar, mahir dan berpengalaman sebelum digunakan untuk mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik.
  3. Jauhkan diri daripada dahan pokok yang menyentuh atau hampir bersentuhan dengan mana-mana wayar elektrik untuk mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik. Hubungi TNB Careline (15454) untuk tindakan segera.
  4. Jangan gunakan apa-apa alat besi seperti tangga, batang besi, payung dan sebagainya berdekatan wayar elektrik yang terjatuh dan terdedah.
  5. Ibu bapa dinasihatkan untuk menjaga & sentiasa mengawasi anak masing-masing dan tidak membenarkan anak-anak mendekati mana-mana tiang elektrik yang tumbang atau mana-mana wayar elektrik yang jatuh di jalan raya, di tepi jalan dan wayar yang terdedah walaupun dilihat seperti selamat. Hubungi TNB Careline untuk tindakan segera (Telefon 15454)

*Rujukan: Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Published by Shafiq Rahman

A Senior Real Estate Negotiator & Team Manager at MN Associates (KL) Sdn. Bhd. REN 21735.

Leave a comment